Seorang suami atau bapa adalah seorang pengasas dan pentadbir sebuah intitusi rumah tangga dan menjadi peranan yang penting dalam memimpin pembangunan keluarga dalam setiap aspek.

Seorang suami atau bapa akan membawa amanah yang berat dalam membimbing, membentuk, mendidik, memberi kuasa, dan akan menjadi mentor kepada keluarga. Selain itu, dalam menjamin stabiliti, pelindungan, contoh tauladan, dan nafkah, juga adalah tanggung jawab besar seorang suami atau ayah.

Pendidikan yang paling utama sudah pasti pemurnian aqidah dan ilmu agama, dan kemudian disusuli pula dengan pembelajaran dalam ilmu duniawi.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar” (Surah Luqman:13)

Para suami dan bapa pada hari ini haruslah meningkatkan mutu kepimpinan diri dan memantapkan lagi kredibiliti diri bagi memikul amanah dan tanggung jawab yang diberikan, dan sumber bimbingan yang terbaik hendaklah yang menepati Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Mentor yang terbaik tetaplah baginda Nabi SAW, walaupun kita tidak dapat menyamai baginda namun kita haruslah mempelajari bagaimana untuk sentiasa mencontohi baginda Nabi SAW.

Jadi yang demikian, pihak kami menganjurkan Bengkel Suami Mithali ini adalah supaya para suami dan bapa, berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu dari aspek pembentukan keluarga yang sejahtera berteraskan panduan Islami dalam menepati realiti semasa, dan memupukkan semangat mencontohi Nabi SAW dalam setiap aspek, terutama sekali dalam kepimpinan keluarga.